Friday, June 1, 2012

Syukur la nak!

Assalamualaikum...
Annyeong!!! Ah-ha, bajet korea la sgt aku ni.Hehe. Hai, korang. Sihat ke semua nya? Dah makan ke? Huhu...Ok la, intro tak best ni datang lagi menjenguk korang yang membaca entry ni. Serius aku tak tahu nak tulis apa sebagai intro yang menarik untuk tontonan umum sekalian. Sengal kan? Dah lah intro tak gempak, contents pun kadang2 boring. Apalah tuan blog ni takde cara kreatif ke nak tulis blog?
   Mari kita bertukar tajuk pada cerita utama kita malam yang sejuk suam kuku ni. Entry kali ni ditulis kerana...
Simple, aku tengah rajin menaip untuk update blog. Hehe. Ok, kalau reason tu yang sebabkan aku melepak depan laptop sekarang ni, baik aku pergi layan variety show je. So, let's me tell you the exact reason why am I writing this entry.
   Ingat tak aku ada mention kenduri tunang khatam quran dan khatan kat rumah aku hari  tu? Ingat ke tak? Tak ingat lah tu. Ni, sini aku tunjuk kan. Klik sini ye rakan2 yang bijaksana sekalian. Ok, kenduri tu pun dah selesai berlangsung Ahad lepas. Ramai jugak lah yang datang. Dan yang tak datang tu, tkpe. Saya tak marah. Kenduri kawen saya kan ada lagi. Chewah. Hehe.
   On that kenduri, my abah sembelih 1 ekor kerbau, kau. Macam kenduri kawen kan? Well, abah aku bab makan ni dia macam tak berkira sangat. So, memandangkan kerbau tu agak besar, dagingnya pun banyak. Maka, di situ untuk mengelakkan pembaziran, my family jemput lah anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Solihin (RYAS). RYAS ni terletak di Jalan Aman, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Aku tahu ni pun sebab aku sendiri jijan dengan sepupu dan suami sepupu yang pergi jemput dorang masa tu.
Kami yg sedang menanti di depan RYAS

     RYAS ni sebenarnya baru lagi. Aku pun tak pasti berapa lama. Ada lebih kurang 45 orang anak-anak dalam ni. Ada yang umurnya baru beberapa tahun, ada yang kurang sempurna tubuh badannya. Aku nak cakap ni pun macam rasa sedih sikit. Dorang kat sini pun bukan totally semua tak ada mak bapak, ada yang mak bapak tak nak sebab dia istimewa, berbeza daripada yang lain. Sedih aku dengar cerita dorang ni.
    Sesuatu yang buat aku bangga dengan anak-anak ni, dorang kuat semangat. Tak nampak pun dorang sedih tau. Dorang macam redha sangat dengan ketentuan Allah pada dorang. Aku cakap ni, bukanlah bermaksud dorang tak sedih (oi, sape tak sedih tak ada mak bapak) tapi cuma dorang tak pamerkan pada kita je. Tu yang menampakkan dorang sangat redha.
   Hmm... Aku dah cerita dah sedikit sebanyak tentang RYAS dan anak2 yang tinggal kat situ. Sebenarnya ada 1 masalah di sini. Disebabkan RYAS ni masih baru, mereka sebenarnya belum punya asrama yang selesa untuk anak2. Jadi di sini, RYAS sekarang amat2 memerlukan bantuan kita semua yang mampu ini untuk memyumbangkan sedikit wang yang termampu untuk menampung kos pembinaan Asrama untuk anak-anak ini. Ini semua untuk keselesaan mereka. RYAS memerlukan lebih kurang RM500k untuk membina asrama untuk anak-anak sekalian ini.
   Actually, aku tak terlibat secara langsung dalam program kutipan dana untuk pembinaan asrama ini. Aku secara kebetulan terlihat iklan ni kat tepi jalan kat Kanchong Darat. So, aku ambil kesempatan di atas keterlanjuran (semacam je ayat ni) aku yang ada blog walaupun tak ramai mana pun yang baca untuk mengiklankan juga tentang perkara ni. Adalah jugak usaha aku untuk membantu walaupun tak banyak mana.
   Kepada yang rasanya berminat untuk menyumbang, aku rasa boleh lah telefon nombor kat gambar bawah ni untuk tahu lebih lanjut macammana nak menyumbang kepada mereka. Aku mintak maaf banyak2 sebab tak dapat bagi info tepat tentang cara menyumbang kepada RYAS ni. Aku cuma ada maklumat sikit je tentang dorang. Maaf banyak2 ye.

Korang nampak kan no. nyer kan?


   Ok lah, aku rasa sampai sini je kot entry kali ni. Nak tahu, sampai saat aku taip ayat ni aku tak tahu lagi nak letak tajuk apa kat entry ni. Selalunya, tajuk dulu baru taip entry. Ni entry da nak habis pun, tajuk tak terjana lagi daripada otak aku ni. HMM... Sebelum berakhir, (ok, ayat tak boleh blah) aku tinggalkan korang dengan petikan Firman Allah S.W.T dalam Surah An- Nisa ayat 40 yang bermaksud;

     
     "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) itu sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya Allah akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisi-Nya pahala yang amat besar"

Hehe... Aku suka sangat maksud ayat ni. Banyak bawa semangat itu aku teruskan kehidupan yang kian mencabar akal, jiwa dan badan ku. Aku stop sini, wassalam...












P/S: Ni ada sikit cerita tentang RYAS. Aku dapat kat laman web JAKIM. Bacalah ini ye. RYAS's Story.



Wednesday, May 16, 2012

Comeback and Abah??!!

Assalamualaikum...

hehe... Dah berhabuk blog ni kalau aku letak kat bawah katil. Nampak sangat tuan punya nya sangatlah rajin update. Ye dak?
   Sorry, intro membebel kat diri sendiri lak aku mulakan setelah berkurun tak update. Ok, let's start with the proper greeting to my beloved readers yang sangat2 setia menunggu update dari cik Mun yang rajin update blog ni. Now, apa khabar korang semua? Sihat ke demam ke? Alhamdulillah aku kat Serdang ni sihat sejahtera.  Yups, aku sudah pun berada di Serdang setelah khatam cuti selama 1 bulan setengah lepas Pro hari tu. By Pro, I meant Professional Exam I. Hehe. Syukur, aku lulus tak berapa nak cemerlang kali ni. Tambah gembira lagi, housemate aku pun semuanya lulus. Tahniah korang. Serius lambat gila ucap tahniah. Tak kisahlah, bak kata pepatah orang Putih yang tak putih mana pun, "Better late than never," kan2?
   Sekarang dah sambung balik research progress selepas bercuti untuk Pro hari tu. Mula lah masing2 duk pening. Permission letter tak ada lah, Questionnaire hilang lah, respondent ignore lah. Takpe, bersabarlah semua ya?
   Dalam perenggan sebelum ini, saya di sini ada menyebut tentang khatam kan? Ingat tak? Tak kan tak ingat. Kalau tak, scroll balik ke atas. Sekarang. Jumpa tak perkataan khatam? Jumpa kan? Ok, motif nya di sini aku dengan hati yang besar, aku nak ajak korang gi kenduri rumah aku. Kenduri khatam Quran ngan Khatan. Jemput2 la datang ye pada yang berkesempatan lah ye.
   Ok, actually entry ini sepatutnya siap semalam berdasarkan tajuk di atas. Al sebabnya kerana semalam adalah birthday abah aku yang ke 48 tahun. Hehe, abah dah tua dah. Abah dah tuntut dah kat aku baru tadi kenapa tak wish dia selamat hari lahir. hihi. Sorry abah. Real tak sempat, you know. (Ah, alasan je tu)
Ni lah enche abah saya

Ok, ni kek tahun lepas. Kek aiskrim tu.

    My abah ni kalau korang nak tahu agak sentimental lah jugak. Aku ingat lagi masa tu kat matrik. Dia boleh bantai merajuk ngan aku just sebab selalunya aku call mak tapi tak cakap ngan dia. Dia cakap apa...

         Masa nak duit ke baru ingat abah. Telefon, telefon mak je. 
                     Abah langsung tak ingat. Yelah.

Disebabkan tu lah, lepas tu kalau call mak aku aku tak lupa nak cakap ngan abah. Hehe. Sampai sekarang tau. Tapi yang buat aku geram kekadang, masa aku ingat nak cakap ngan dia bila call abah boleh buat tak layan. Sabar jelah.
   Macam tu sedikit sebanyak pasal abah aku ni. Aku pun tak tahu dah nak merepek apa lagi kat sini. Aku pun nak settle lah tulis entry ni cepat2 sebelum ianya pun berhabuk kat draft. Ok, see you all later. Wassalam.











Sebelum tu, ceh tgok screenshot aku punyer status semalam. Ada sesape bran tak? Hehe. Ok, Mun kau tanggunglah kalau tetiba ada yang masuk minang kau masa terdekat ni. Kalau masa kenduri, alamak terkata apa lah kau masa tu. HUHU...


 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...