Thursday, December 8, 2011

Yeah!!!!

Assalamualaikum semua yang berada di mana2 anda berada ketika membaca entry tak cukup center ni...
Korang, korang, korang dan korang!!!!
pernah rasa diri tu upside down tak? atau mcm happy sesangat sampai rasa nak jerit kuat2?pernah tak?
Hei, mesti pernah kan? Aku pun pernah.selalu gak lah. Dan hari ni, buat kesian kesekian kalinya aku rasa macam tu.Serius happy dowh. Opps!!! Hehe...
   Hah, nak tau kena aku happy macam orang gila sekarang ni? Tak nak tau pun aku nak bagitahu gak kenapa. Lantak lah tak nak tau pun.Aku apa peduli. First of all, ingat tak entry aku cerita pasal 2 bloggers  yang aku sangat admire tu? Lah, dah tak ingat lah pulak. Kalau tak ingat, klik link entry tu kat sini. Kat entry tu aku ada cerita tentang Tiara Fazlin,blogger cute and comey serta manis tu. (Chopp, bukan cute dgn comey tu same ke, Mun?) At first macam aku cakap, aku nak share kat orang yang baca blog ni apa yang aku suka baca atau dalam istilah mudah difahami tanpa buku Kamus Dorland ialah blog mana yang aku selalu 'Blogwalking'kan ia. Hehe...
   Di bawah sedar aku, salah seorang daripada 2 bloggers ni, membaca entry aku pasal dia. Dari mana dia tahu,aku tak tanya pulak. Yelah,babe. Excited kot. Orang yang kita admired baca cerita kita pasal dia. Meloncat2 keriangan setinggi KLCC aku dibuatnya. Ok, tu dongeng versi dekat2 nak final exam aku. HEHE..
   Macam mana aku tahu dia baca entry tu? Dia komen kot kat entry aku. Before that dia tinggalkan chat kat shoutbox aku. Seronoknya lah aku masa tu. To make thing more interesting, Tiara cakap kat aku dia nak kerja same2 dengan aku kot. Best kan? Actually, sebelum dia ajak pun, aku teringin gila nak kerja sama2 dengan dia. Gilalah ko ni, Mun.


Ni kat shoutbox



Ni kat comment section entry bertuah aku tu

Tengok, betapa excited nya aku. Sampai printscreen komen dengan chat dia. Padahal boleh je nak tengok bila2 masa kat blog ni. Biarlah. Biar semua orang tahu yang Mun tengah riak bercerita kat blog dia, yang Tiara Fazlin baca entry dia dengan tinggalkan komen. Haha.. Sah, kau ni da senget Mun. Nak Selegiline tak?
   Besides this exciting story, (exciting lah sangat kan?) aku nak share lah kat korang yang aku ni nak final exam lagi 2 minggu bermula pada 19hb Disember 2011. Cuak tak cuak, aku duk leka lagi depan laptop ni. Online lah, tengok Variety Show lah. Bawak lah insaf, Mun oi.Oklah, sampai sini je kot cerita aku pada hari yang sedang mendung berserta gelap disebabkan hujan di luar bangunan kolej kediaman aku ni. Lain hari, bila free, aku tulis lagi. Sekarang kena study. Final dah dekat, remember? Eleh, study ke nanti? Ke pergi tidur? Sejuk lah katakan. Hujan kan? Wassalam semua.

HIDUP BAIK-BAIK, SEMUA!!!!






P/S: Endocrine punye module, baru sentuh 1 note. Repro, CNS, MS, IPHE, EPID and etc masih menanti sabar bila lah si Mun ni nak baca aku. Tulis blog je kerjanya. HEHE.... Macam mana nak kerja sama dengan Tiara ni? Waallahualam lah ko, Mun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...