Thursday, September 22, 2011

Belilah kereta buatan Malaysia

Assalamualaikum...
ketika entry ni ditaip, aku suda naik meradang disebabkan jari sendir yang tanpa sengaja terpangkah entry yg da hampir separuh jalan aku tulis.
  Haha... Tajuk entry mcm nak buat iklan kereta proton ngan perodua lak kn?Ha, knp proton ngan perodua je? knp tak ada toyota,hyundai? Hysh, korang ni. Kan kereta buatan Malaysia dua brand 2 je.
   OK, lah. Entry ni sebenarnya bukan nak iklankan kereta ke apa tapi aku nak share kat korang apa yang jadi kat aku khamis lalu.(chewah,lalu.skema kot ko ni tibe2)Semua ni bermula apabila, adik aku yang sangat baik hati. Dia telah pun menyesakkan fikiran mak aku dengan kerajinan dia pergi sekolah di mana dalam seminggu tu, adalah dalam 2-3 hari tu dia ponteng. Rajinkan dia? (ARRRGGGHHH!!!! geram aku dia ni)
   Disebabkan itu, mak aku pun nak hantar lah dia jumpa seorang ustaz ni.Kalau ikut kata mak aku, ustaz ni mcam boleh la nak ubatkan "Hantu Malas nak Sekolah" yang sudah sekian lama bersarang dalam benak adik aku yang baik hati ni dan yang kadang2 aku tengok muka dia aku rasa nak lempang2 je ni. Tapi, sebab mak ni kerja hari tu, aku lah yang jadi replacement nya.
   So, hari tu dalam pukul 5 aku pun keluar lah dengan memandu kereta buatan Malaysia iaitu Proton Wira Sedan. Aku ajak ciha teman kan selain daripada adik aku yang baik hati tu. Yelah kan, takkan aku nak drive balik sorang2 nanti lepas hantar budak bertuah tu. Agak lambat jugak lah kitaorang keluar masa tu. Mana tak nya, budak bertuah tu tidur, kejut 2-3 kali tak bangun gak lagi.
   Sebelum jalan jauh, aku keluarkan duit dulu, nak isi minyak dah tak ada duit. Dalam purse, ada 5 ringgit je. Kalau tuang minyak motor, lepas lah. Masalahnya, aku bukan bawak motor. Lepas settle isi minyak, aku pun bawak ngan tenang nya nak pergi Puchong. Ikut jalan Banting-Dengkil. Speed masa tu, dalam 80km/j dan jarak kereta depan ngan kereta aku jarak selamat lah. Aku masih boleh nampak tayar belakang kereta depan.  Abah cakap, nak ukur jarak pakai pembaris ngan kereta depan tak boleh, buat lah macam tu.
   Bila sampai satu selekoh ni, dekat Kilang Kertas(aku pun tak konfem tu kilang apa) depan sikit dari traffic light nak masuk Bandar Mahkota, kereta Waja depan aku ni,brek. Then, aku brek gak lah. Speed aku maintain lagi lah masa tu.
   Tiba2, lepas sikit je dari selekoh tu, Encik bawak kereta Waja ni main aci brek tiba2, mengejut. Aku yang dah cuak ni, pun brek gak lah. Tapi, nak kata malang tu, kereta aku yang masih sempat aku brek tu, berlanggar gak lah ngan belakang Waja tu. Kereta mengelungsur ke depan. Aku cam terpempan masa tu. Ayat pertama keluar dari mulut aku, "Habislah abah marah aku." Mengigil bak nak rak aku masa tu. Tremor habis lah. Sampai nak pegang Handphone nak call mak ngan abah(satu2 nya perkara yang aku tahu nak buat apa masa tu) pun tangan aku terketar nak dail. 
   Nak dijadikan cerita, mak n abah aku dua2 tak angkat phone. Makin tinggi la darjah kecuakan aku ni. Alhamdulillah, kuasa ALLAH tak sape boleh jangka kan? Pak Andak aku yang baru balik kerja lalu situ. Dia da pass by pun kitaorang masa tu, tapi tergerak hati nak toleh balik. Dia cam kereta tu dan nampak aku berdiri tegak macam patung cendana kat tepi jalan tu, dia terus patah balik.
   Nak tahu, sampai Pak Andak aku datang, enjin kereta tak mati dan kereta masih lagi atas jalan. Aku memang tak berani langsung nak sentuh kereta lagi masa tu.Maksud aku nak alihkan dan matikan enjin. Sebab tulah Pak Andak aku yang alihkan ke bahu jalan n matikan enjin. (Alamak tapak tangan aku dah kebas ni)


kat tempat kejadian. Tengok waja, sikit je remuk

kat depan balai polis
 Agak2nya kalau korang tengok gambar ni dulu, korang mesti fikir orang yang bawak kereta ni da cedera kan? Silap2. Nanti aku cerita kenapa.


ni kereta depan waja. Yang kena gesel sikit ngan waja.


   Masa dia nak bukak bonet depan kereta yang sedia remuk tu, tangan dia luka. Kesian Pak Andak. Pak Andak aku lah yang bawak kereta tu pergi balai polis. Aku bawak motor dia. Lagi satu, aku bawak motor pkai kasut wedges ye, tuan2 dan puan2. Gila tak gila aku masa tu. Main tibai je. Serius tak ingat langsung masa tu aku pakai wedges.
   Abah dah sampai balai dulu dah lepas aku dah call dia. Kesian abah, pening terus kepala dia masa 2 bila tahu kitaorang accident. MInta maaf banyak2 abah. Mak pulak, dah risau habis. Tak berhenti tanya khabar kitaorang.
   Alhamdulillah, kitaorang 3 orang selamat. Cuma ada rasa sakit2 badan je. Aku tak pergi X-ray lagi. Tapi, rasanya tak ada apa2 kot. Kereta memang remuk habis macam dalam gambar tu. Aku tak photoshop or GIMP kan tu kesan remuk tu ye. 
   OK, berbalik kepada kenapa aku pilih tajuk macam tu. Kereta Malaysia memang senang remuk ye, kawan2 sekalian. Tapi, korang tahu kenapa kereta Malaysia direka macam tu? Jawapan nya simple, Malaysia ni ada high statistic of accident. 
  Apa relevan nya di sini? Senang, kereta yang senang remuk mudah untuk serap hentakan dan susah untuk menyebabkan penumpang dalam kereta tu cedera kecuali kau bawak laju nak mampus and ikut kenderaan depan bagai nak bercium nak belakang kereta depan. Ini semua PHYSICS ye, pembaca yang budiman. INERTIA namanya. 
   Kira dalam bahasa nak senang kan korang paham, Hentakan ni menyebabkan kecederaan. Kereta Malaysia dah jadi galang ganti korang untuk cedera. Sebab dorang serap daya hentakan dan akibatnya dorang remuk dengan jayanya. Kalau kereta import yang selalu dibanggakan ngan body mantap, keras berdengkang bagai besi padu tu, korang paham2 la sendiri ye.
  Serius, aku bukan nak burukkan mana2 kereta tapi nasihat aku kalau korang rasa korang nak selamat, pakai lah kereta Malaysia bagi yang belum mahir betul2 pandu kereta. Insya-Allah, kalau nyawa korang panjang lagi, korang selamat. Apa2 pun kat sini, bawak lah kereta hati2, dalam perjalanan banyak kan selawat, ingat2 ALLAH sepanjang perjalanan, minta selamatkan perjalanan korang, Insya-Allah korang selamat. 
   Last but not least, jangan lupa insuran kan lah kereta korang. Kita tak tahu kan bila kita accident. Walaupun kita tak minta, malang kan tak berbau. Nanti bila accident, tak ada lah susah payah sangat nak cari duit nak repair kereta. Insurans ada. Walaupun, lepas tu rate nya naik baik, sekurang2nya korang mampu gak nak repair kereta tu tanpa pinjam lintah darat dan pelbagai lagi yang memudaratkan korang kelak.
   Mak dan abah, akak minta maaf sebab buat kereta jadi macam tu, susahkan mak abah nak bergerak lepas ni. MAAF banyak2 ye. Alhamdulillah, adik2 semua selamat. Dan untuk Pak Andak, Terima Kasih sebab sudi tolong. Serius, kalau Pak Andak takde aku tak tahu nak buat apa. Ngan 'towing truck' nya da sampai. OK, sampai sini je ye entry berjela kali ni. Akhirnya, siap setelah banyak halangan menghalang. WASSALAM.








P/S 1: perasan tak bahasa aku skema dalam entry ni?hehe... Saje berangan cam tulis karangan sekolah menengah dulu. Almaklumlah, zaman sekolah tak cemerlang, tu yang menyesal sampai sekarang. (Bajet sekarang cemerlang)
P/S 2: Nama je blogger, buat entry baru pun tak perasan draft dah saved automatic kat list of posts. Padan muka ko,mun. kebas tangan tulis panjang benda yang dah siap simpan kat draft. SENGAL!!!

Thursday, September 8, 2011

Raya Random thingie

Assalamualaikum...
hehe...lamanya lah aku tak update blog ni.Seriously rasa cam takde idea pun nak tulis apa kebelakangan ni.
Ok lah, stop that. Sekarang, sebelum mula bercerita,meh la dekat skit aku nak cakap sesuatu ni.Rapat2 skit.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.Maaf zahir batin.Minta maaf banyak2 kalo ada salah cakap,salah perbuatan, makan minum tu pun minta la dihalalkan.Al maklum lah aku ni manusia yang lemah dan nak kata baik sangat sampai tak pernah buat salah tu tak mungkin lah kan.BTW, aku tak terlambat kan untuk ini semua?Walaupun da raya yg ke-10,masih dalam bulan syawal lagi.haha.
Sebut pasal raya, aku raya hari tu raya kat kg. Bagi yang tak tau kampung terchenta aku tu kat Teluk Sena, Perak. Tak tahu kat mane? Gi ar tanya Mr. Google kat mane.mesti si dia tahu kat mane. Tahun ni raya tak meriah sangat. Tau sebab apa? Sedara2 aku tak ramai yang balik kampung so, aku tak dapat duit raya la.(ada ke pikir camtu?hysh,tak senonoh betul.)
Raya 1st, duk rumah je. Bermaafan lah sama semua yang ada. Paling utama kat Mak dan Abah yang tiap2 tahun aku mintak maaf dan tiap2 kali gak tahun berikut nya aku wat slah melambak lagi kt dorang. Anak apa lah aku ni kan?
Raya 2nd, kitaorang 1 family wat keje gila,gi water park. Bak kata sorang kawan aku ni,"ko tapau duit raya kat sape kat water park 2?takkan dlam air ada duit kot?"Hehe.. ni semua idea kak sedara aku la. Katanya nak celebrate birthday dia yang kebetulan tahun ni jatuh pada raya 1st. so, berbekal perut yang lapar dan menaiki 5 buah kereta,kitaorang pun pergi 'Marina Water Park' kat area Teluk Batik.
Sebelum sampai sane, kitaorang singgah KFC Sitiawan dulu makan2 KFC dulu. Perut yang lapar kena bagi makan dulu.Ni Pak Uteh yang belanja.Sebab nak celebrate birthday adik sepupu aku yang jatuh pada 31hb ogos aka raya 2nd.Memang aku rasa masa 2 cam durian runtuh.Makan KFC kot.hehe. Kalo dah hantu ayam tu kan.hehe.Panjang meja kat Kfc tu kitaorang sambung. Budak kerja KFC tu da tenung semacam da.Mesti dia pikir, masak ar aku nak kemas jap lagi. Sorry ar, dik kitaorang ni keluarga besar.hehe. Tapi sayang nya kereta kak uda yang dalam nya ada mak nyah,kak uda, abang jamal,kak yang ita dah terlepas KFC due to some miscommunication. Tapi, ada tapau gak KFC untuk dorang.


Ha,semua senyum. Nak makan kfc la katakan.

Abah tgh menyakat anak Pak Uteh sementara tggu ayam sampai

Birthday boy ngn adiknya.Dika ngan Ijah

Panjang kan mejanya. Ni baru sikit.

makan time

Boss of the day, Pak Uteh ngan Mak uteh.
Dah settle makan,kitaorang teruskan ngan agenda sterusnya,mandi manda kat waterpark.lme gak duk terjun2 dlam air.siap main bola tampar dalam air lagi. tapi takde gambar r. Blik ktaorang gi makan lagi. Pak uteh belanja lagi.Terima kasih banyak2 Pak Uteh. Sayang Pak uteh dulu, kini dan selamanya. (bodek ni) On the way balik rumah, pak uteh bantai ajak berlumba.lwak la hai.
Macam tu r ceritanya lebih kurang.Raya ke4 blk banting.Overall, best je sebenarnya raya tahun ni. Raya memang best kalo kita sambut ngan family. So, aku tak dapat ar bayang camne aku sambut sorang2. Syukur Alhamdulillah dapat sambut ngan family. 
OK,sampai sini je. Nanti kalo rajin aku update lagi. WASSALAM...




P/s: da berminggu da lolita hilang,ada orang jumpa tak?ke da amik bawak blk uma da?rindu kat dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...