hehe...lamanya lah aku tak update blog ni.Seriously rasa cam takde idea pun nak tulis apa kebelakangan ni.
Ok lah, stop that. Sekarang, sebelum mula bercerita,meh la dekat skit aku nak cakap sesuatu ni.Rapat2 skit.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.Maaf zahir batin.Minta maaf banyak2 kalo ada salah cakap,salah perbuatan, makan minum tu pun minta la dihalalkan.Al maklum lah aku ni manusia yang lemah dan nak kata baik sangat sampai tak pernah buat salah tu tak mungkin lah kan.BTW, aku tak terlambat kan untuk ini semua?Walaupun da raya yg ke-10,masih dalam bulan syawal lagi.haha.
Sebut pasal raya, aku raya hari tu raya kat kg. Bagi yang tak tau kampung terchenta aku tu kat Teluk Sena, Perak. Tak tahu kat mane? Gi ar tanya Mr. Google kat mane.mesti si dia tahu kat mane. Tahun ni raya tak meriah sangat. Tau sebab apa? Sedara2 aku tak ramai yang balik kampung so, aku tak dapat duit raya la.(ada ke pikir camtu?hysh,tak senonoh betul.)
Raya 1st, duk rumah je. Bermaafan lah sama semua yang ada. Paling utama kat Mak dan Abah yang tiap2 tahun aku mintak maaf dan tiap2 kali gak tahun berikut nya aku wat slah melambak lagi kt dorang. Anak apa lah aku ni kan?
Raya 2nd, kitaorang 1 family wat keje gila,gi water park. Bak kata sorang kawan aku ni,"ko tapau duit raya kat sape kat water park 2?takkan dlam air ada duit kot?"Hehe.. ni semua idea kak sedara aku la. Katanya nak celebrate birthday dia yang kebetulan tahun ni jatuh pada raya 1st. so, berbekal perut yang lapar dan menaiki 5 buah kereta,kitaorang pun pergi 'Marina Water Park' kat area Teluk Batik.
Sebelum sampai sane, kitaorang singgah KFC Sitiawan dulu makan2 KFC dulu. Perut yang lapar kena bagi makan dulu.Ni Pak Uteh yang belanja.Sebab nak celebrate birthday adik sepupu aku yang jatuh pada 31hb ogos aka raya 2nd.Memang aku rasa masa 2 cam durian runtuh.Makan KFC kot.hehe. Kalo dah hantu ayam tu kan.hehe.Panjang meja kat Kfc tu kitaorang sambung. Budak kerja KFC tu da tenung semacam da.Mesti dia pikir, masak ar aku nak kemas jap lagi. Sorry ar, dik kitaorang ni keluarga besar.hehe. Tapi sayang nya kereta kak uda yang dalam nya ada mak nyah,kak uda, abang jamal,kak yang ita dah terlepas KFC due to some miscommunication. Tapi, ada tapau gak KFC untuk dorang.
![]() |
| Ha,semua senyum. Nak makan kfc la katakan. |
![]() |
| Abah tgh menyakat anak Pak Uteh sementara tggu ayam sampai |
![]() |
| Birthday boy ngn adiknya.Dika ngan Ijah |
![]() |
| Panjang kan mejanya. Ni baru sikit. |
![]() |
| makan time |
![]() |
| Boss of the day, Pak Uteh ngan Mak uteh. |
Macam tu r ceritanya lebih kurang.Raya ke4 blk banting.Overall, best je sebenarnya raya tahun ni. Raya memang best kalo kita sambut ngan family. So, aku tak dapat ar bayang camne aku sambut sorang2. Syukur Alhamdulillah dapat sambut ngan family.
OK,sampai sini je. Nanti kalo rajin aku update lagi. WASSALAM...
P/s: da berminggu da lolita hilang,ada orang jumpa tak?ke da amik bawak blk uma da?rindu kat dia.






No comments:
Post a Comment