Saturday, January 28, 2012

Jangan Hantar Kami ke Penjara

Assalamualaikum...
   Tajuk klise lagi. biasalah kalau tak buat macam ni, ada korang nak baca? Tajuk kena lah gempak kan? Kalau manusia kita kata 1st impression kan? Entry pun macam tulah jugak. Kena hebat dari tajuk lagi baru orang minat nak baca. Chewah cik Mun berkata-kata. Mcam blog dia ramai je yang baca. Dah lah nyaris2 tak jadi blog spam tadi. Kalau tak, padan muka kau, Mun. Dah aku membebel pada diri sendiri kan.
   Berdasarkan tajuk entry yang sangat klise seperti di atas ni, di sini saya Mun akan mula mengarang ceriteranya yang berkisar sekitar jam 3.30 petang pada hari Jumaat bersamaan 4 Rabiulawal 1433H. Ceriteranya begini hari ni Nana (bukan nama sebenar) dan aku hendak pergi ke sebuah shopping mall di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Kami ke sana adalah untuk menuntut kembali sebuah  alat komunikasi yang hampir semua rakyat Malaysia memilikinya, iaitu Handphone. Alt ini kepunyaan Nana itu yang sudah berkurun lamanya rosak.
   Untuk mengambil kembali handphone terchenta beliau, aku menunggang langgang menaiki motor merah merae aku tu dengan berkapasiti penumpang seorang dibelakang dan padakali ini penumpangnya Nana sendiri. Kami dua menuju ke stesen LRT Iron River. Setelah sampai, motor merah aku telah ditinggalkan bertemankan berpuluh2 motor yang lain di tempat tongkat motor di stesen LRT tu.
   Kami kemudian bertukar mata wang dengan token LRT yang biru tu. Ini tak batak lah. Aku dah tau LRT da pakai token setelah mereka decide nak tiru macam saya. Eh, bukan! Tiru macam fun fair, taman tema dan sebagai nya yang bertoken. Bila pegang token ni menggunakan jari2 tangan, feel mcm nak masuk theme park lak.Excited lak aku mcm kanak kanak Ribena di situ.


token biru ye. Air kotak dijual berasingan di 7eleven berhampiran.

   Next, kami dengan yakin nya naik ke platform Sri Petaling. Padahal nak ke Hang Tuah yang sepatutnya naik ke platform Ampang or Sentul Timur. Opps, lupa nak cakap. Kami terserempak dengan orang yang amat dikenali Nana sebenarnya di stesen LRT ni.
   Bila dah rasa macam pelik je kat platform ni, kami turun balik lah.tapi dah terlambat, di mana orang yang Nana sangat kenali tu, dah nampak kami naik salah platform. Orang tu yang seterusnya akan ku tuliskan di sini sebagai Mr. R (bukan pakwe mahupun skandal Nana tau) dah tengok kami pelik dah. Malu kot. Aku dah duk tergelak2 sambil batuk2. Maklumlah aku dah menghidap sore throat sejak mggu lalu lagi. (skem tetibe)
   Serius, tak tau nak letak muka kat mana masa tu. Rasa mcm nak biarkan je Mr. R ngan kawan dia naik LRT dulu baru naik Platform Sentul Timur tu. Aku cari gak benda nak cover muka tu, beg ke, tong sampah ke, tapi mcm tak kena ngan selera aku, maka tak jadi lah nak sorok. Kami naik gak platform tu dan LRT yg same ngan Mr. R. Tapi coach lain lah. Malu kau kalo Mr. R dtg tergah (terjah+sergah)  Nana tanya pasal kejadian yang tak sepatutnya terjadi di saat ada orang yang dikenali dekat2 kita.
   Sepanjang jalan kenangan ke Hang Tuah, kami bercakap pasal tu. Malu2.Gelak jelah yang dapat aku buat. Sampai Hang Tuah, kami jalan lah kaki nak ke Plaza yang selalu success, Plaza berjaya. Nak lintas lagi 1 hal. Nana last minit baru gitau aku kena lintas. Sabor jelah budak ni. Dah ambik hp, kami ke Times Square (TS) pulak.
   Eh, Borders kat TS da tukar tempat ek? Kecik lak tu. Tak jadi aku nak menghabiskan duit kerajaan (Baucar Buku 1 Malaysia) di situ. Ingat nanti nak gi Popular kat Bukit Tinggi lah. Lagi syok. Beli novel. Tak senonoh kan? Bukan beli buku ilmiah.
   Dah jalan2 lepas maghrib, kitaorang pun berjalan lah balik ke Stesen LRT Hang Tuah. Oh ye, aku ada beli payung lutsinar. Saje bli. Sebab dah lama cari baru jumpa. Sweet kot. Hehe. Cun habis kot. Aku dengan Nana pun jalan lah. Nak lintas, aku bercakap dengan nada yang jelas kedengaran pada sorang kakak ni.tapi aku cakap ngan Nana lah. Aku kata, "hah,dah boleh lintas". Serius, kakak tu gelak dengar aku cakap cam tu. Aku tak marah pun, sebab aku perasan cara aku cakap masa tu macam cikgu bagi arahan melintas kat anak2 muridnya yang comey2 mcm aku. HEHE...
   Nak jadi kisah, kitaorang salah buat perhitungan lagi bila naik LRT. Kitaorang naik LRT gi Ampang. Nasib baik Nana perasan. Kami pun kuar balik kat stesen Pudu. Kuar, duk kat bangku gelak2. Kenang balik macam2 jadi sepanjang kitaorang dating dua ni.
   Masa ni gak aku decide nak tulis psal ni kat blog. Lawak2. Siap semangat amik gambar Signboard stesen Pudu. So, dah paham tak kenapa aku tulis tajuk yang klise seperti yang tertera di atas? Kalau still tak paham,camne ye? Buat2 paham la lepas korang dah terlampau rajin baca entry berjela ni. HAHA....
   Bye,wassalam. Nak tidur.Sweet Dream semua. Mari beramai2 ke Stage 4 of sleep plus Rapid eye movement sekali. Bukan RapidKL tau. Sayang korang. Haha... Aku tinggalkan gambar kenang-kenangan aku pada hari ni untuk korang yang rajin sangat baca novel aku ni. Entry, maksud aku.



Nampak signboard yang comel tu tak? PUDU dia tulis.




Bagi yang tak nampak, ni versi dekat punye. Semangat aku amik gmbar benda ni.

P/S: housemate aku mesti kenal sape Nana yang sebenarnya. Sebab dorang tau aku kuar ngan sape petang tadi. So, tanya housemate aku, bukan roomate dak Tiara Fazlin tu kalo nak tau sape Nana yang sebenarnya. Tu pun kalo korang kenal housemate aku.Selamat berteka teki semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...