Sunday, November 20, 2011

Akhirnya Aku Kahwin!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
   Sihat ke hari ni, ahad yang bertarikh cun hari ni? 20112011. Cun kan? Hehe...Bday coursemate aku yg nama Erleena Roslan lagi somehow. Wah,somehow ke? Ok lah berbalik pada tajuk di atas yang sangat klise. Asyik tulis tajuk camtu je kan aku ni? Sekali aku kawin betul2 pun orang tak percaya nanti. Habis semua kambing biri- biri aku kena makan dengan serigala kalau aku asyik buat camni. Tapi, aku peduli apa. Aku mana ada bela biri-biri pun. Ok, merepek lagi.
   Kenapa aku letak tajuk tu? Bagi peminat novel Alaf 21 tentu awal2 dah boo aku. Yelah tajuk novel kot tu. Novelis Herna Diana kot yang tulis. Novel first dia Cinta 3 Suku yang aku dah khatam berpuluh kali sampai Robbin's Pathology tu menangis tengok aku. Yelah, bukan nak khatam kan dia yang baca sekali pun tak pernah habis tu. Novel je dikhatamkan budak Mun ni. Tak semenggah lah sungguh. Hehe.. Maaf, Death Dear Robbin. Nanti saya cari masa baca awak. Itu pun kalau saya macam tebiat nak m*@#%s  ke, saya baca kot.HAHA..Jahat aku ni. Kecian Robbin.
   Berbalik pada Novel "Akhirnya Aku Kahwin". Kiranya entry kali ni aku tulis nak buat ala-ala Review lah untuk novel ni. Well, aku sedar pun. aku bukan layak pun nak buat review bagai and aku bukan banyak masa sepatutnya free pun nak tulis benda ni. tapi aku gedik jugak nak tulis. Patutnya masa berharga ni study untuk CNS 2 ke, tidur ke.Ok,tidur tu tak perlu kot. Nak besarkan badan lagi ke cik Mun?
  Novel ni cerita pasal Didi yang bersaiz 'comel' yang tulis novel pasal kisah cintanya dengan suaminya,Syafizi. Cerita tentang kisah dia yang tak pernah jemu pun untuk mencari (mencari ke istilah sesuai?) cinta dalam hidupnya. Berkali kecewa pun, dia tak serik.
   Nak puji sikit watak Didi ni. Perempuan ni sangat lah tabah,bersabar dan positif orangnya. Tabah dengan ujian yang melanda, sabar dengan ejekan dan sindiran dan positif bilamana beliau tak peduli pun apa orang kata tentang saiz dia. Bagus kan? Tapi, Didi ni digambarkan sebagai watak manusia, mestilah ada kelemahan jugak. Meanwhile, aku tak kisah pun pasal kelemahan dia. Manusia kot Didi ni, bukan Malaikat pun.
Overall, plot cerita ni best. Kalau orang jiwa kaca, senang gila nak touching and nangis bila sampai part sedih dalam novel ni. Aku tak nak cerita. Nanti tak thrill pulak korang nak baca.
   Cover? Cun kot cover novel ni. So, first impression korang pada novel ni tak lah meleset. Maksud aku, kalau korang macam aku, jenis yang pilih novel berdasarkan cover dia DULU baru terbaca sinopsis,  korang tak menyesal lah pilih "Akhirnya Aku Kahwin" ni. Cantik tau covernya. Nak tengok covernya macam mana? Klik sini. Kat situ,bukan setakat korang boleh tengok cover novel tu,tapi blog Herna Diana sekali. Kalau suka blog beliau, silalah jadi follower.  Kalau tak nak follow blog beliau,like fb beliau. Klik kat nama beliau yang aku taip kat entry ni. Mana2 nama beliau yang korang nampak tu, klik je.Aku yang baik hati ni dah link kan ke fb beliau.
   Kemudian, erdengar suara dari mana yang tidak aku ketahui berkata "Tak abis2 lagi promote blog orang, Mun oi? Bukan ramai mana pun baca blog ko ni. Tak membantu pun promote blog dorang. Blog dorang lagi ramai orang baca."
   Disahutkan suara dari arah lain pula, "Suka hati lah. Aku nak share apa aku suka je. Bukan nak promote pun.Sibuk je. Main jauh2."
   Ok, entry yang mempromote and propria ni sampai sini je. Nanti aku update lagi. Wassalam, kirim salam Mak dengan Abah tau. <------- Apa masalahlah perempuan ni, kirim salam bagai. Tak sihat kot. Layan je.


Ni bukti aku DAH baca novel Akhirnya Aku Kahwin. Aku tak copy review orang ok? And 1 more thing, Novel ni bru dalam sebulan kat pasaran. Maybe certain tempat belum ada lagi kot. Entah, aku tak tau.


P/S: Roomate aku dah ada blog. Jemput2 lah jadi follower dia. Nanti dia tak ada follower, nangis pulak. Aku tak, aku strong kot. HAHA. Iha, jangan marah. Gyrus2 je. Maksud aku, gurau2 je.  Nama blog dia musliha-razak.blogspot.com. Klik sini je, aku yang lagi sekali baik hati ni dah link kan untuk korang yang mungkin dalam imagiansi aku baca blog ni.

Wassalam!!!

Thursday, November 17, 2011

Jom Jalan Padang!!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera sekalian..
   Berdirinya saya di sini, pada petang yang sedang hujan lebat bersama dentuman guruh di langit yang kadang memekak mata membutakan telinga ini adalah dengan satu tujuan yakni menyampaikan laporan rasmi perjalanan kami semalam ke Pusat Ayur. Haha...
   Siapa faham apa yang aku tulis ni, angkat tangan depan. Aku kira sampai 3, lepas tu korang angkat tangan, ok?
1-
2-
3-
   Nampaknya tak ada yang tak angkat tangan. So, semua faham lah bahasa Melayu B3 aku ni? Bagus. Korang semua telah menyebabkan Cikgu2 Bahasa Melayu korang menitiskan airmata sebab  terlampau terharu ajar korang BM. Tahniah lah cikgu2 sekalian. Murid2 cikgu semua pandai. Pandai sangat, sampai tangan depan yang tak pernah wujud pun diorang tahu ada. 2 semua angkat tangan depan. Bagus. Para cendekiawan dan bijak pandai sekalian, manusia normal ada 2 tangan sisi saje, mana ada tangan depan.Hisyh korang ni.Kesian Cikgu BM.
   "Woi, Mun oi.Sudah2 lah merepek tu.Apa kata kau patah balik pada apa yang kau nak cerita tadi." suara hati kecil ku berkata. Blah, HATI manusia besar kot. 2nd largest organ of human is liver tahu. After skin. OK, aku tak merepek lagi.
   Ceritanya macam ni, semalam yang equal to Wednesday, aku dengan beberapa orang coursemate yang kalau naik Bas Mini tu,penuh,termasuk 1 orang housemate dan roomate aku telah pergi rombongan Cik Kiah ke Ayur Centre kat Petaling Jaya. Hehe.. Bukan Rombongan Cik Kiah sebenarnya, Field Trip pun. Kalau rombongan cik Kiah pergi Komanwel. Ni pergi Ayur Centre. So, ni rombongan Encik SCC. SCC tu abbreviation for Services, Cares and Customer. It's 1 of the module in Package 9 untuk syllabus Semester 1, Year 2. Module ni pasal TCM (Traditional & Complementary Medicine, Occupational Health and yang sejinjit dengannya.
   Untuk 1st field trip ni, kita orang pergi pusat2 yang menjalankan lumba kuda haram aktiviti TCM macam SPA,bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tau. Selain Ayur Centre (Ayur Veda) dan Spa,ada certain daripada kitaorang pergi Homeopati Centre dengan Reiki Chakra. Group aku nak kata bertuah ni macam tak kena je ni pergi melawat Pusat Ayur Veda.
   Pagi2 lagi, 6.45 dah kena kumpul kat Foyer fakulti. Aduhai, ni yang aku  lemah ni. Nak jalan padang pun kena skema2 bangun awal. Iku jiwa muda yang memberontak a.k.a malas nak bangun pagi ni, aku tak je pergi. Tapi benda ni masuk dalam 80% attendance wajib nak ambil Final Exam. Tak cukup aku tak dapat jawab Exam.
   Selepas briefing dan beberapa peristiwa yang memalukan yang aku tak nak cerita kat sini, Kitaorang bertolak ke Final Destination msing2. Ceh, macam movie lak, final destination bagai ni. Pukul 7 gerak macam tu, 7.45 sampai PJ. Lambat sikit sebab Jammed. Kitaorang gi minum pagi dulu baru start FIELD TRIP. Lapar woh, bagilah cacing dalam perut makan dulu. Aku nyaris mengadaikan RM7 untuk Nasi Lemak lauk Ayam masa ni, tapi jodoh aku ngan duit aku RM3 masih ada so, Peniaga tu pun pulang balik duit aku yang aku kasihi ni. Sejurus bersendawa sebab masing dah kenyang, kitaorang naik bas balik untuk ke Ayur Centre yang tak sampai sekangkang kera dari tempat sarapan tadi.
Heboh sgt nak capture2, tak menyempat dah bagi Linda lalu dulu baru capture. Ni lah padahnya.

Dah lepaskan Linda lalu, ni lah hasil photographer Mun yang pro ya amat tu.

Muka gembira ahjumma Intan. Tak sabar nak try Ayur Veda ke masih kekenyangan lepas sarapan?


 Sampai2 je duk capai kamera,capture sana, capture sini. Dasat kan? Dah settle kat luar, masa tunggu Dr. R yang akan bawak kitaorang nak bagi penerangan pasal Ayur Centre ni, kitaorang bercapture2 lagi gak. Honestly, aku tak ingat nama Dr. tu so, aku namakan dia Dr. R. Hehe..
Ambil ko,mun. Pro abis lah ni. Habis dorang dlm pic ni jadi Geng Mata Merahku.
Bila Dr. R sampai, dia pun bawak kitaorang pergi In Patients Department yang terletak seberang jalan. Masalahnya sekarang, dia dah jalan kat depan, kitaorang nak kejar macam anak ayam lintas jalan dah jadinya. Jalan dah lah sesak,hisyh. Ok, mengeluh lagi.
  Ka In Patients Department, Dr. R bawak kitaorang jumpa 1 by 1 bus mini full patients yg ada ka situ. By the statement 1 by 1 bus mini full, aku harap korang dapat imagine lah macammana nak masuk ramai dalam bilik patient yang memuatkan 2 single bed. Dapat bayangkan tak? Sesak woh. Migrain aku. Plus bau minyak herba yang kuat, serius rasa nausea.

Kak Shida dengan Patient paling sporting. Dia siap tanya nak ambik gmbar dia duduk ke, berdiri ke.

Ni front lawn of In Patients Dept. Rumah je sebenarnya. Da agak lama dah rumah ini. 

Ni Bahagian dalam In  Patients Dept. Lihatlah betapa ramainya 'patients' mereka yang patient menanti giliran mereka
 Kat In Patients Dept., Dr. R dengan 3 orang workers demo kan kat kitaorang upacara mandi minyak.  3 massage sekali. But in real treatment, they believe that certain massage or treatment can't be combine. Kurang afdal katanya. Actually, kita ada di offer untuk buat massage tu. Tapi aku awal2 lagi surrender. Nak bertarung dengan bau minyak selama dekat setengah jam masa dorang demo tu pun aku dah nyawa2 ikan,ni nak sambung kena massage lagi? Selamat Jalan Romeo lah macam tu.
   Dah puas beronok-ronok di In patients, kitaorang patah balik ke Outpatients. Kat sini buat sesi T&J ajelah. Aku dah mengantuk2 dah masa tu. Bangun awal lah katakan. Dah settle T&J tu, pengiring kitaorang, wakil Fac. serahkan penghargaan and bagi ucapan thanksgiving kat Dr. R. Lepas tu, balik lah apa lagi. Hooray!!!
Semua heboh nak balik. Ahjumma Intan dgn Kak Shida sempat posing lagi tu. Dah lah sepesen je pose nya.
                                     

Kitaorang dengan Dr. R bergambar kenangan sebelum balik. 
Tamat lah Field Trip kitaorang dengan SCC ni. Tapi aku tak terus balik UPM pun. Aku merayau dengan Ahjumma Intan, Tiqah dan Piqa pergi Lembah Tengah Megamall. Aku masuk MPH yang cantik, besar dan menarik kat situ. Terpikat kot. Interior Design dia sangat Cun. Wah, rasa nak pergi hari2. Kita pun masuk kedai jual Ipad, Ipod, Iphone, Macbook. Bantai gi main gitar,keyboard bagai. Makan kat Popeye. Semua gi beli 2pcs Chicken Combo. Bezanya cuma side dish je. Aku ambik coleslaw yang marvellous, tiqah and piqah ambik mashed potato yang yummy and Ahjumma Intan ambik kentang masak Perancis. Dalam pukul 4 kitaorang balik naik KTM yang tak macam sardin seperti selalu.Begitulah akhirnya entry menjela aku kali ni. Wassalam.


P/S: Roomate aku try kot massage tu. Bahagia gila dia. 1more thing, semalam aku khatam baca Novel "Akhirnya Aku Kahwin" by Herna Diana. Best tau. Beli kt MPH. Nanti aku kongsikan reviewnya.

Saturday, November 12, 2011

My Brain Profile

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Due to someone blog entry that i have read, I stuck here to update my blog. I'm using this time to update blog in which this time suppose to be used to studying not blogwalking. This perempuan masih tak sedar diri lagi,U know?CNS assessment is next Tuesday. Dia boleh bantai bersenang lenang blogwalking and facebooking. Where's your civic, dear mun? Eh,jap. Ada kaitan ke pun? Ok, now let's back to the reason why I started to write an entry at 1 a.m now. 
On the blog I had read, she show her brain profile that she got after doing brain test. So, under that influence and my curiousity to know my brain profile after tiring myself studying Basal Ganglia and Internal Capsule before blogwalking, I step forwards by clicking the link given on her entry and do the test. Here, I shared MY BRAIN PROFILE to U.







Ha, ambik ko.SHINing this brain.



Your Brain Usage Profile:
Auditory : 18%
Visual : 81%
Left : 63%
Right : 36%


So, as U all can see, I'm the visual person and Left brain dominant person. Next, let's check their analysis about this result.


Mun, you are somewhat left-hemisphere dominant and a predominantly visual learner, an interesting blend of characteristics!



Yeah, I know it before doing the test. So, carry on.


You are an intensely visual person, active and continuously searching. As such, there is no rhythm or beat to limit your learning. You are constantly absorbing and imaging. Your tendency to be left- hemisphere dominant, however, creates some difficulties. You continue to attempt to structure all that input and categorize it, at the same time continuing to seek out new input while "reflecting" in what you have already gained.


That,s so true. That is what I'm doing while studying. I prefers to 'convert' all words in a single lecture to A PICTURE,Hehe...


With your visual orientation absorbing so much input, you sometimes utilize your left-brain focus to identify logical aspects of what you perceive and may become overwhelmed by details.


Hurm? Betul ke?


When faced with situations where you have to rely on verbal input exclu- sively, you may find yourself needing to work more on maintain- ing an "overview" or perspective in order to fully grasp the material. It is likely that "sketching out" a representation of material that you are listening to will enhance your understanding and recall of the material. Drawing diagrams and note- taking allow you to "see" the relationships and absorb them more fully.
You tend to focus on details and are generally logical and organized. You have an intensity which is evident to others and yet can feel comfortable with the applied aspects of learning, the practical.


Another good point and yes, i admitted that I'm that person. Tak percaya? Come to my room now and see the good drawing of me to connect CNS from Spinal Cord to Cerebrum with so many coloured diagram like kindergarten student.HEHE... What to do? That's only way make me understand them 'better'. People surrounding me tend to called me "orang terlebih rajin."


Given that you are somewhat goal-directed, the difficulty with being so visual is that you continuously "see" new goals and thus may be drawn from one to the other or at least forced to think about them within present structures. Because of your visual processing mode, you are regularly faced with tolerating and integrating ambiguity, a process which disrupts the equilibrium of your left-hemisphere preeminence.


Ek? Macam tu pulak? So, what I need to do now?


It is likely that you are restless continuously and do not feel challenged. You may well explore engaging in activities which enhance right-hemisphere functioning which would reduce some of the tension you might currently be experiencing.


So, what is the activities can I do to 'enhance my right-hemisphere function'? Anyone can help me? Do contact me. OKAY, all my dearest here?


That's all from me,today. Have nice day everyone and remember to "Hidup baik-baik' tau semua. WASSALAM!!!


P/S: Aku tinggalkan korang dengan PICTURE Basal Ganglia ni. Interesting fact is we share this part of brain with birds and reptile. The rest, I don't know. it's another name is 'House keeping brain'. Why? Cari sendiri lah, malas nak tulis kenapa namanya macam tu.








Biru tu lentiform nucleus, hijau tu caudate nucleus, bulat kecil tu amygaloid  nucleus and merah tu thalamus.


P/S 2: thalamus not a part of basal ganglia but diencephalon. What is diencephalon? Cari sendiri jugak. Aku bukan encyclopedia, tahu semua. 





Thursday, November 10, 2011

Cerita-cerita aku yang tak seberapa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Takde niat pun nak update hari ni. Tapi tiba2 rasa macam nak menulis je.So,aku pun duduk menaip sesuatu yang mungkin bila dibaca balik nanti adalah sesuatu yang mengarut je untuk dibaca. Tapi, tak apa.Aku tak kisah pun. Aku nak menulis,aku tak paksa orang yang tak nak baca pun. 
1st, ni bukan nak promote blog orang pun. Tapi, aku cuma nak share apa yang aku baca lately ni. Ada 2 blog ni yang aku sentiasa tunggu update. 1 blog ni dah lama aku follow dari dulu. 1 blog ni baru-baru je. Aku tertarik nakbaca blog dorang ni pun sebab dua2 nya bakal DOKTOR and PEREMPUAN jugak macam aku. Yang tak samanya dua2 cun melecun and pandai kot. 
So, tanpa membebel lebih panjang let's me introduce U all to the 2 beautiful bloggers who is Fatin Liyana and Tiara Fazlin. 
Fatin Liyana




Tiara Fazlin
   Well, maybe certain daripada orang yang baca entry ni, chopps seminit!!! Ada orang baca ke pun? Lantak lah. Kalau tak ada pun aku nak berangan macam ada lah. Korang mesti ada yang dah kenal dua blogger ni kan? Cun kan mereka ni? Yang cakap tak cun tu,dia jealous lah tu. Ok, aku main2 je. Terpulang pada korang lah nak cakap mereka ni cun ke, cantik ke,comel ke.Aku tak ambil pusing pun. Aku pusing kereta kat mana ada bulatan je. Ok, merepek sudah.
   Berbalik pada cerita asal, marilah saya cerita kan sedikit sebanyak pasal mereka ni yang saya tahu. Bermula dengan calon kakak ipar yang pertama. (Bila masa aku ada abang pulak ni) Ok, start again. Firstly, meet the Famous Amous Fatin Liyana. (macam biskut lah pulak) Fatin Liyana ni adalah pemilik sebuah blog, (dah blogger,mestilah ada blog.Apalah kau ni perempuan hoi) blog nya nama honeykoyuki.blogspot.com. Pernah baca tak blog beliau ini? Kalau tak pernah, sila klik pada nama blog beliau yang sudah saya hyperlink kan seperti yang di atas. Beliau sebenarnya berasal daripada Negeri Hobin jang Hobin. Hah,tau ke tak negeri apa? Tak tahu,carilah sendiri. Beliau pelajar perubatan tahun 4. 3 tahun yang terdahulu beliau belajar di Bandung dan sekarang sudah kembali ke Malaysia dan menyambung Program Doktor Perubatan di UKM. Chewah,macam tulis biografi lak. Nak tahu lebih lanjut pasal beliau, baca lah blog beliau yang last diupdate dengan result final piala malaysia. 
   Next, beliau yang bernama Tiara Fazlin. Cik kakak yang molek ni belajar di Dublin, Ireland. Asal Sungai Lembing, Pahang. Blog dia pakai namanya sendiri iaitu tiarafazlin.blogspot.com. Maka, pembaca2 sekalian yang berminat untuk mengenali beliau, sila lah klik nama blog yang juga telah saya hyperlink kan di atas ya. Apa yang menariknya pasal blog beliau ni adalah...







bacalah sendiri...HAHAHAHA...Tapi pada aku, beliau lawak. Tak adalah setaraf dengan BOBOI Maharaja Lawak Mega tu, tapi beliau pandai menulis entry dengan bahasa yang sempoi dan bila dikilas beberapa kali, terserlah bakat melawak beliau. Ceh, bercakap macam awak expert sangat nak nilai orang. Kalau macam tak faham bahasa aku ni, kkorang check sendiri blog beliau. Entry terbaru beliau pasal Aidiladha kat Dublin. Ni berdasarkan tarikh entry ni dibuat ye. Bukan tarikh korang baca. Kalau korang baca pada tarikh yang sama, untunglah.
   Enough about mempromosikan blog 2 blogger yang sememangnya dah popular tu. Sekarang marilah baca sedikit tazkirah daripada aku sempena malam jumaat yang indah dan mulia ni. Tadi lepas maghrib, aku pergi surau seperti manusia yang menyelam sambil minum air. Maksud aku di sini ialah, sambil nak belajar dalam kelas tawasuf, aku kumpul merit juga untuk kecukupan nak duduk kolej tahun 3 nanti. Tak senonoh kan? tapi aku tak kisah pun. Tu memang niat aku. Aku pun bukan lah baik sangat nak cakap aku pergi sekadar nak join kelas Tasawuf tak kisah pun merit tu. Then, kalau aku cakap macam tu, hipokrit lah seorang perempuan yang bernama Mun ni.
   Berbalik kisah aku belajar kat kelas tasawuf ni, hari ni ceritanya pasal KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W. Sedih juga aku dengar walaupun aku ada jugak tertidur sekejap tadi. (ok,saya teruk)SEDIH dengan pertanyaan Ustaz bilamana, aku tak pernah pun bersedih bila mengingati Rasulullah SAW. Hisyh, apalah nak jadi dengan aku ni.
Tak apalah, marilah aku kongsi sedikit apa isinya khutbah baginda yang bertarikh 9 Zulhijjah 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.Rasulullah SAW bersabda dan meninggalkan pesanan berkitar tentang berwaspadalah dengan syaitan demi keselamatan agama, cara melayan isteri dan kewajipan isteri mentaati suami, Rukun Islam dan ketidakadaan lagi Nabi selepas Rasulullah SAW. Antara yang menyentuh perasaan aku sebagai umatnya yang hina ini adalah, "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu".
   Dalam kan maksud ucapan Rasulullah SAW? Aku telah pun menjalankan tanggungjawab aku sebagai orang yang mendengar khutbah Rasulullah walaupun tak semua aku ceritakan. Insya-Allah, nanti aku tuliskan versi penuh Khutbah Rasulullah SAW pada update akan datang. OK, entry panjang lebar tanpa niat ditulis malam ni sampai sini sahaja. WASSALAM.





P/S: entry kali ni tak sia-sia juga, akhirnya. Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...