Thursday, November 17, 2011

Jom Jalan Padang!!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera sekalian..
   Berdirinya saya di sini, pada petang yang sedang hujan lebat bersama dentuman guruh di langit yang kadang memekak mata membutakan telinga ini adalah dengan satu tujuan yakni menyampaikan laporan rasmi perjalanan kami semalam ke Pusat Ayur. Haha...
   Siapa faham apa yang aku tulis ni, angkat tangan depan. Aku kira sampai 3, lepas tu korang angkat tangan, ok?
1-
2-
3-
   Nampaknya tak ada yang tak angkat tangan. So, semua faham lah bahasa Melayu B3 aku ni? Bagus. Korang semua telah menyebabkan Cikgu2 Bahasa Melayu korang menitiskan airmata sebab  terlampau terharu ajar korang BM. Tahniah lah cikgu2 sekalian. Murid2 cikgu semua pandai. Pandai sangat, sampai tangan depan yang tak pernah wujud pun diorang tahu ada. 2 semua angkat tangan depan. Bagus. Para cendekiawan dan bijak pandai sekalian, manusia normal ada 2 tangan sisi saje, mana ada tangan depan.Hisyh korang ni.Kesian Cikgu BM.
   "Woi, Mun oi.Sudah2 lah merepek tu.Apa kata kau patah balik pada apa yang kau nak cerita tadi." suara hati kecil ku berkata. Blah, HATI manusia besar kot. 2nd largest organ of human is liver tahu. After skin. OK, aku tak merepek lagi.
   Ceritanya macam ni, semalam yang equal to Wednesday, aku dengan beberapa orang coursemate yang kalau naik Bas Mini tu,penuh,termasuk 1 orang housemate dan roomate aku telah pergi rombongan Cik Kiah ke Ayur Centre kat Petaling Jaya. Hehe.. Bukan Rombongan Cik Kiah sebenarnya, Field Trip pun. Kalau rombongan cik Kiah pergi Komanwel. Ni pergi Ayur Centre. So, ni rombongan Encik SCC. SCC tu abbreviation for Services, Cares and Customer. It's 1 of the module in Package 9 untuk syllabus Semester 1, Year 2. Module ni pasal TCM (Traditional & Complementary Medicine, Occupational Health and yang sejinjit dengannya.
   Untuk 1st field trip ni, kita orang pergi pusat2 yang menjalankan lumba kuda haram aktiviti TCM macam SPA,bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tau. Selain Ayur Centre (Ayur Veda) dan Spa,ada certain daripada kitaorang pergi Homeopati Centre dengan Reiki Chakra. Group aku nak kata bertuah ni macam tak kena je ni pergi melawat Pusat Ayur Veda.
   Pagi2 lagi, 6.45 dah kena kumpul kat Foyer fakulti. Aduhai, ni yang aku  lemah ni. Nak jalan padang pun kena skema2 bangun awal. Iku jiwa muda yang memberontak a.k.a malas nak bangun pagi ni, aku tak je pergi. Tapi benda ni masuk dalam 80% attendance wajib nak ambil Final Exam. Tak cukup aku tak dapat jawab Exam.
   Selepas briefing dan beberapa peristiwa yang memalukan yang aku tak nak cerita kat sini, Kitaorang bertolak ke Final Destination msing2. Ceh, macam movie lak, final destination bagai ni. Pukul 7 gerak macam tu, 7.45 sampai PJ. Lambat sikit sebab Jammed. Kitaorang gi minum pagi dulu baru start FIELD TRIP. Lapar woh, bagilah cacing dalam perut makan dulu. Aku nyaris mengadaikan RM7 untuk Nasi Lemak lauk Ayam masa ni, tapi jodoh aku ngan duit aku RM3 masih ada so, Peniaga tu pun pulang balik duit aku yang aku kasihi ni. Sejurus bersendawa sebab masing dah kenyang, kitaorang naik bas balik untuk ke Ayur Centre yang tak sampai sekangkang kera dari tempat sarapan tadi.
Heboh sgt nak capture2, tak menyempat dah bagi Linda lalu dulu baru capture. Ni lah padahnya.

Dah lepaskan Linda lalu, ni lah hasil photographer Mun yang pro ya amat tu.

Muka gembira ahjumma Intan. Tak sabar nak try Ayur Veda ke masih kekenyangan lepas sarapan?


 Sampai2 je duk capai kamera,capture sana, capture sini. Dasat kan? Dah settle kat luar, masa tunggu Dr. R yang akan bawak kitaorang nak bagi penerangan pasal Ayur Centre ni, kitaorang bercapture2 lagi gak. Honestly, aku tak ingat nama Dr. tu so, aku namakan dia Dr. R. Hehe..
Ambil ko,mun. Pro abis lah ni. Habis dorang dlm pic ni jadi Geng Mata Merahku.
Bila Dr. R sampai, dia pun bawak kitaorang pergi In Patients Department yang terletak seberang jalan. Masalahnya sekarang, dia dah jalan kat depan, kitaorang nak kejar macam anak ayam lintas jalan dah jadinya. Jalan dah lah sesak,hisyh. Ok, mengeluh lagi.
  Ka In Patients Department, Dr. R bawak kitaorang jumpa 1 by 1 bus mini full patients yg ada ka situ. By the statement 1 by 1 bus mini full, aku harap korang dapat imagine lah macammana nak masuk ramai dalam bilik patient yang memuatkan 2 single bed. Dapat bayangkan tak? Sesak woh. Migrain aku. Plus bau minyak herba yang kuat, serius rasa nausea.

Kak Shida dengan Patient paling sporting. Dia siap tanya nak ambik gmbar dia duduk ke, berdiri ke.

Ni front lawn of In Patients Dept. Rumah je sebenarnya. Da agak lama dah rumah ini. 

Ni Bahagian dalam In  Patients Dept. Lihatlah betapa ramainya 'patients' mereka yang patient menanti giliran mereka
 Kat In Patients Dept., Dr. R dengan 3 orang workers demo kan kat kitaorang upacara mandi minyak.  3 massage sekali. But in real treatment, they believe that certain massage or treatment can't be combine. Kurang afdal katanya. Actually, kita ada di offer untuk buat massage tu. Tapi aku awal2 lagi surrender. Nak bertarung dengan bau minyak selama dekat setengah jam masa dorang demo tu pun aku dah nyawa2 ikan,ni nak sambung kena massage lagi? Selamat Jalan Romeo lah macam tu.
   Dah puas beronok-ronok di In patients, kitaorang patah balik ke Outpatients. Kat sini buat sesi T&J ajelah. Aku dah mengantuk2 dah masa tu. Bangun awal lah katakan. Dah settle T&J tu, pengiring kitaorang, wakil Fac. serahkan penghargaan and bagi ucapan thanksgiving kat Dr. R. Lepas tu, balik lah apa lagi. Hooray!!!
Semua heboh nak balik. Ahjumma Intan dgn Kak Shida sempat posing lagi tu. Dah lah sepesen je pose nya.
                                     

Kitaorang dengan Dr. R bergambar kenangan sebelum balik. 
Tamat lah Field Trip kitaorang dengan SCC ni. Tapi aku tak terus balik UPM pun. Aku merayau dengan Ahjumma Intan, Tiqah dan Piqa pergi Lembah Tengah Megamall. Aku masuk MPH yang cantik, besar dan menarik kat situ. Terpikat kot. Interior Design dia sangat Cun. Wah, rasa nak pergi hari2. Kita pun masuk kedai jual Ipad, Ipod, Iphone, Macbook. Bantai gi main gitar,keyboard bagai. Makan kat Popeye. Semua gi beli 2pcs Chicken Combo. Bezanya cuma side dish je. Aku ambik coleslaw yang marvellous, tiqah and piqah ambik mashed potato yang yummy and Ahjumma Intan ambik kentang masak Perancis. Dalam pukul 4 kitaorang balik naik KTM yang tak macam sardin seperti selalu.Begitulah akhirnya entry menjela aku kali ni. Wassalam.


P/S: Roomate aku try kot massage tu. Bahagia gila dia. 1more thing, semalam aku khatam baca Novel "Akhirnya Aku Kahwin" by Herna Diana. Best tau. Beli kt MPH. Nanti aku kongsikan reviewnya.

1 comment:

Anonymous said...

hheeheehehe,,,,asal gambar aku ada sudah ...hehehehehe....kesian kawan2 tunggu aku berurut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...