Saturday, February 11, 2012

Dia..

Assalamualaikum...
   Terlebih dahulu saya menyusun jari 10 memohon maaf kerana tajuk di atas tak ada kena mengena dengan cerita merepek saya hari ni. Kenapa? Suka ati lah nak letak tajuk apa pun.
   Ok, kali ni aku nak bercerita dan berbangga serta riak dengan skill memasak aku. Baru-baru ini, minggu lepas juga minggu ini saya dan housemate terchenta (HT) saya yang duk bilik no.2 dalam rumah aku kat k17 ni, telah berajin kudrat kami untuk masak italian dishes. Agak2 apa ye? Spaghetti bertali lah pun. Kami tak bercadang pun nak masak masa tu. Tapi, termasak juga masa tu. Petang tu tak ada rancangan pun, dah terbeli ingredients. Nak dijadikan cerita boleh pulak aku lupa nak masuk kan spagheti dalam bakul.Berpatah balik ke kedai beli spagheti.


   Masak spagheti kali ni agak extreme lah kot. (kot la) aku ngn HT masak dalam rice cooker. HEHE... Masak spagheti 1 hal, goreng cendawan lagi 1 hal. Maka setelah bertungkus lumus di dapur A-G-*, siap lah hidangan tersebut dalam kadar kuah spagheti yang agak cair sebab kena tambah air(aku letak garam lebih lak, cam tak biasa ke dapur), cendawan tak ranggup sangat(cooker tak bape nak panas).Maka, mempersembahkan hasilnya yang tak pun boleh dibanggakan,diriakkan dan ditakburkan sangat pun. Tapi,tak kesah lah.
Spagheti Carbonara ala Rice Cooker



Rice Cooker version of Fried Mushroom and Frankfurter


Masquerade version of Cik Mun and Cik Jiha.hehe.

Begitulah alkisahnya. Minggu ni pun masak spagheti sebab ada baki lagi spagheti yang beli last week. tapi, sauce mushroom ngan tomato. Tapi, no pictorial evidence ye di sini kawan2. HEHE.. Berakhir lah segala kemerepekan Mun di sini.













Chopps!!!
Ada sikit lagi. Baru teringat nak tulis.
1. Gi Popular kat Jusco Cheras Selatan. Guna BB1M (bukan BroadBand tapi Baucar buku 1 Malaysia)
2. Kaki kena timpa ngan buku in which aku tak expect pun sakit sgt tapi sampai sekarang kaki aku berdenyut2.
3. Guna sampai RM150 dapat renew kad Popular free, 1 year di mana Mun dah dapat tadi. Yang tak ada kad, dapat free member card 1 tahun.
4. Pro exam bulan depan, bulan ni atas katil baca YES, Boss!. Tahniah, MUN!!!



Really goodbye, Wassalam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...