Thursday, November 10, 2011

Cerita-cerita aku yang tak seberapa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Takde niat pun nak update hari ni. Tapi tiba2 rasa macam nak menulis je.So,aku pun duduk menaip sesuatu yang mungkin bila dibaca balik nanti adalah sesuatu yang mengarut je untuk dibaca. Tapi, tak apa.Aku tak kisah pun. Aku nak menulis,aku tak paksa orang yang tak nak baca pun. 
1st, ni bukan nak promote blog orang pun. Tapi, aku cuma nak share apa yang aku baca lately ni. Ada 2 blog ni yang aku sentiasa tunggu update. 1 blog ni dah lama aku follow dari dulu. 1 blog ni baru-baru je. Aku tertarik nakbaca blog dorang ni pun sebab dua2 nya bakal DOKTOR and PEREMPUAN jugak macam aku. Yang tak samanya dua2 cun melecun and pandai kot. 
So, tanpa membebel lebih panjang let's me introduce U all to the 2 beautiful bloggers who is Fatin Liyana and Tiara Fazlin. 
Fatin Liyana




Tiara Fazlin
   Well, maybe certain daripada orang yang baca entry ni, chopps seminit!!! Ada orang baca ke pun? Lantak lah. Kalau tak ada pun aku nak berangan macam ada lah. Korang mesti ada yang dah kenal dua blogger ni kan? Cun kan mereka ni? Yang cakap tak cun tu,dia jealous lah tu. Ok, aku main2 je. Terpulang pada korang lah nak cakap mereka ni cun ke, cantik ke,comel ke.Aku tak ambil pusing pun. Aku pusing kereta kat mana ada bulatan je. Ok, merepek sudah.
   Berbalik pada cerita asal, marilah saya cerita kan sedikit sebanyak pasal mereka ni yang saya tahu. Bermula dengan calon kakak ipar yang pertama. (Bila masa aku ada abang pulak ni) Ok, start again. Firstly, meet the Famous Amous Fatin Liyana. (macam biskut lah pulak) Fatin Liyana ni adalah pemilik sebuah blog, (dah blogger,mestilah ada blog.Apalah kau ni perempuan hoi) blog nya nama honeykoyuki.blogspot.com. Pernah baca tak blog beliau ini? Kalau tak pernah, sila klik pada nama blog beliau yang sudah saya hyperlink kan seperti yang di atas. Beliau sebenarnya berasal daripada Negeri Hobin jang Hobin. Hah,tau ke tak negeri apa? Tak tahu,carilah sendiri. Beliau pelajar perubatan tahun 4. 3 tahun yang terdahulu beliau belajar di Bandung dan sekarang sudah kembali ke Malaysia dan menyambung Program Doktor Perubatan di UKM. Chewah,macam tulis biografi lak. Nak tahu lebih lanjut pasal beliau, baca lah blog beliau yang last diupdate dengan result final piala malaysia. 
   Next, beliau yang bernama Tiara Fazlin. Cik kakak yang molek ni belajar di Dublin, Ireland. Asal Sungai Lembing, Pahang. Blog dia pakai namanya sendiri iaitu tiarafazlin.blogspot.com. Maka, pembaca2 sekalian yang berminat untuk mengenali beliau, sila lah klik nama blog yang juga telah saya hyperlink kan di atas ya. Apa yang menariknya pasal blog beliau ni adalah...







bacalah sendiri...HAHAHAHA...Tapi pada aku, beliau lawak. Tak adalah setaraf dengan BOBOI Maharaja Lawak Mega tu, tapi beliau pandai menulis entry dengan bahasa yang sempoi dan bila dikilas beberapa kali, terserlah bakat melawak beliau. Ceh, bercakap macam awak expert sangat nak nilai orang. Kalau macam tak faham bahasa aku ni, kkorang check sendiri blog beliau. Entry terbaru beliau pasal Aidiladha kat Dublin. Ni berdasarkan tarikh entry ni dibuat ye. Bukan tarikh korang baca. Kalau korang baca pada tarikh yang sama, untunglah.
   Enough about mempromosikan blog 2 blogger yang sememangnya dah popular tu. Sekarang marilah baca sedikit tazkirah daripada aku sempena malam jumaat yang indah dan mulia ni. Tadi lepas maghrib, aku pergi surau seperti manusia yang menyelam sambil minum air. Maksud aku di sini ialah, sambil nak belajar dalam kelas tawasuf, aku kumpul merit juga untuk kecukupan nak duduk kolej tahun 3 nanti. Tak senonoh kan? tapi aku tak kisah pun. Tu memang niat aku. Aku pun bukan lah baik sangat nak cakap aku pergi sekadar nak join kelas Tasawuf tak kisah pun merit tu. Then, kalau aku cakap macam tu, hipokrit lah seorang perempuan yang bernama Mun ni.
   Berbalik kisah aku belajar kat kelas tasawuf ni, hari ni ceritanya pasal KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W. Sedih juga aku dengar walaupun aku ada jugak tertidur sekejap tadi. (ok,saya teruk)SEDIH dengan pertanyaan Ustaz bilamana, aku tak pernah pun bersedih bila mengingati Rasulullah SAW. Hisyh, apalah nak jadi dengan aku ni.
Tak apalah, marilah aku kongsi sedikit apa isinya khutbah baginda yang bertarikh 9 Zulhijjah 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah.Rasulullah SAW bersabda dan meninggalkan pesanan berkitar tentang berwaspadalah dengan syaitan demi keselamatan agama, cara melayan isteri dan kewajipan isteri mentaati suami, Rukun Islam dan ketidakadaan lagi Nabi selepas Rasulullah SAW. Antara yang menyentuh perasaan aku sebagai umatnya yang hina ini adalah, "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu".
   Dalam kan maksud ucapan Rasulullah SAW? Aku telah pun menjalankan tanggungjawab aku sebagai orang yang mendengar khutbah Rasulullah walaupun tak semua aku ceritakan. Insya-Allah, nanti aku tuliskan versi penuh Khutbah Rasulullah SAW pada update akan datang. OK, entry panjang lebar tanpa niat ditulis malam ni sampai sini sahaja. WASSALAM.





P/S: entry kali ni tak sia-sia juga, akhirnya. Alhamdulillah...

1 comment:

Tiara Fazlin said...

awwwhhh thank you sudi luang masa type entry ni..thank u jgk bc my blog..nnti kita kerja sama2 eh! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...