Monday, December 9, 2013

Ceritera Aku yang tak seberapa laku, EH?

Assalamualaikum...
Oh, hai. Fuuhhh... Fuuuhhh... Fuuuhhh... Hisyh, berhabuk dah blog ni. Ah, klise sangat.
Hai, manusia yang masih sudi mengintai blog ni, adakah anda sihat? Bagus dan alhamdulillah. Kot-kot tak sihat tu, bawak-bawak la jumpa enche doktor. But, not me. As I am not yet qualify. 

Alkisahnya, macam-macam dah jadi sepanjang aku tidak lagi megupdate di blog buruk aku ini. Aku sekarang dah 4th year. Semester 2 lagi 2, dah nak habis posting Orthopaedics which is only 2 weeks because it is only introduction. Next posting, PSYCHIATRY. Kenapa aku tulis huruf besar? Aku sebenarnya cuak jugak nak masuk posting ini. Almaklumlah, kita encounter orang yang bermasalah mental (bukan gila je tau, ketuk kepala orang yang kata orang gila je masuk wad psikiatri). Kalau dorang stabil, tak apa lah. Buatnya tak stabil betul2 masa aku melangkah masuk wad tu, mahu  aku berlari2 anak meninggalkan wad serta merta. Drama tak? Haha. 

Sepanjang clinical year yang dah dekat 2 tahun aku work on ni, macam2 jadi kat aku. Failed sana, failed sini. Nak buat macam mana, aku ni bukan dilahirkan bijak bestari. Ada masa memang aku tak boleh perform langsung. 

Masa 3rd year, 3rd Year End Posting Examination, 1st exam masa klinikal, aku failed dengan marks yang dah hampir lulus. Dia punya sedih, sampai air mata pun tak keluar. Tapi, nak buat macam mana, rezeki aku untuk terus lulus macam kawan2 yang lain tak kesampaian masa tu. Aku tabahkan hati, pergi kelas remedial dengan jiwa dan minda yang tak stabil masa tu. Jealous woo, orang cuti best2 kat rumah, aku dengan beberapa orang yang sama nasib dengan aku bertungkus lumus absorb balik ilmu yang sepatutnya luluskan kitaorang exam tu. 

1 minggu Intro Medicine, 1 minggu Intro Surgery posting. Alhamdulillah, lectures semua baik2. Tunjuk ajar kitaorang. Walaupun ada masanya down sebab walaupun Dr dan ajar still tak dapat ikut dan kena marah lagi, tahan je air mata tu. Struggle jugak untuk lulus. Solat dan doa memang tak tinggal lah. Hari2 doa sama, mintak examiner baik, luluskan kitaorang semua dan minta petunjuk dari Allah so that tak blur or tetiba amnesia masa exam. 

Alhamdulillah, aku lulus. Tapi, still ada jugak yang kandas. Mungkin ada yang lebih baik menanti dorang sebab diberi peluang kedua untuk belajar balik dalam tempoh masa lebih lama. Biar lekat. 

Itu cerita 1st sem 3rd year. Masuk sem 2. Manusia ni kadang2 tak belajar langsung daripada pengalaman. Aku pun tak terlepas. Even minor posting, aku failed. Sedih lagi. Ha, pujuk lah diri sendiri masa tu. Lagi sedih, remedial exam pun aku failed. Tapi, alhamdulillah lah Allah masih izinkan aku naik 4th year. 

Kali ni, kalau tak belajar daripada apa yang dah berlaku masa 3rd year, memang nak kena hempuk dengan tukul besi lah kau, Mun. Yes, I did learnt a lot from it. O&G as the 1st posting, aku nangis masa Post - Mortem. Malu! Padahal, Dr. Amilia kata aku lulus. Tapi borderline lah. Alhamdulillah. Ingat lagi apa kata Dr masa aku nangis tu, 

                               "Don't cry, you have passed the exam."
                            


Jangan nangis dik, tak sampai hati akak nengok ye. Sayang dia.
                                  
Seriously, masa tu macam air paip lak air mata tu nak keluar, sampai teresak2. Hehe. Senyap2 je tau kalau dah baca update ni. Kalau jumpa aku depan2, jangan sebut or tanya pasal ini. Aku akan buat muka selamba dan pura2 tak tahu apa yang korang cakap masa tu. Aku dah warning tau. Ok?

Next posting after O&G, was Paediatrics. Ini lagi 1, bapak tough. Plus aku yang bukan nya pandai mana pun nak layan budak2 ni. Dia punya kekok, cuak kalau2 budak tu nangis masa tengah examine, ter-omit step examination yang tak patut omit tak payah cerita lah. Tahap lahar melimpah keluar dari gunung berapi. HEHE. Cuba bayangkan kesusahannya berdasarkan pernyataan kat bawah ni;

                     PREMISE 1: Internal Medicine is complicated.
        PREMISE 2: Paediatrics is internal medicine in kids(which 2X dificult)
        CONCLUSION: Paediatrics is complicated and 2X difficult.

Suka2 je buat persamaan macam tu kan? Haha. Lantak lah. Dan sekali lagi rezeki Allah bagi pada aku. Aku lulus end posting exam. Aku punya tak percaya aku lulus, bantai tanya Dr. Farah lagi sekali no matrik yang tak bernasib baik untuk lulus. Sampai Dr kata, 

                      "Apa yang tak confident nya ni lulus ke tak?"


Nasib baik Dr. Farah tak buat muka macam ni
kat aku. Hisyh2.
                                            

Hehe. Sorry lah Dr. Nak confirm kan betul2 je. Almaklumlah, saya ni selalu failed. Dari Preclinical years lagi. Hiks2. 

Panjang pulak dah celoteh aku kat sini kan? Sebenarnya banyak lagi nak cerita ni, tapi karang tak habis2 lagi. Yelah, nak summarise event selama 1 1/2 aku tak bercerita kat sini banyak tahu? Aku cerita pengalaman aku bukan lah nak bertujuan buka aib sendiri or niat untuk minta simpati atau apa pun. Aku just nak share yang pengalaman memang banyak mengajar aku selama aku dalam Medical School ini. 

Mengajar aku yang dulu masih berfoya-foya dekat nak exam pada yang study awal2 walaupun 1 hari tu boleh kata tak sampai sejam pun bukak buku. Hehe. Masih ada unsur malas ye di situ. Tapi, alhamdulillah ianya masih perubahan positif dalam diri aku yang boleh aku banggakan. 

Belajar ni, bukan cuma hubungan dengan buku je nak kena jaga, hubungan dengan pencipta kau, dengan yang ajarkan kau ilmu tu, dan segala benda mahupun orang yang kau gunakan untuk dapatkan ilmu sama ada kau sedar ataupun tak kau gunakannya. Kalau tak jaga, wallahualam lah ilmu kau keberkatannya macam mana. Aku tak nak komen banyak sangat pasal tu. Sebab aku tak berhak pun nak hukum orang sebab hak tu cuma Allah yang ada. 

Ok, kawan2. Apa yang aku cakap pasal hubungan itu simplify version. Terpulang how you are going to interprete it. All the best in your study dan doakan motivasi yang ada pada aku sekarang kekal sampai bila2 dalam diri aku. Bukan masa belajar je, masa aku treat korang (kot2) waktu dah jadi Dr nanti, biar dia kekal ke hujung nyawa aku, InsyaAllah.

Nite, kena study Ortho ni. Revise balik Topic lecture petang tadi. Ada nak jadi model untuk Hip dan Upper Limbs Peripheral Nerve Examination tak? Ok, gurau je. Wassalam.

P/S: Boleh belanja Burger Lava Grill? Teringin. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...